Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia akan bangkit semula

    KUALA LUMPUR, 2 OGOS – Legenda badminton Malaysia, Datuk Seri Jalani Sidek percaya jaguh perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia akan kembali bangkit daripada kemerosotan prestasinya ketika ini.

    Jalani berkata hanya masa menentukan Zii Jia akan kembali garang di atas gelanggang memandangkan pemain ranking ke-17 dunia itu memiliki corak permainan yang bagus.

    Beliau berkata keputusan bekas juara All England 2021 itu mengambil khidmat Wong Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan pada Mei lepas, selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia November lalu, merupakan sebahagian daripada proses untuk kembali berada di puncak kejayaan.

    “Inilah sebahagian daripada proses kerana jika dia (Zii Jia) nak jadi juara, dia tahu apa yang dimahukan, bagi dia masa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Zii Jia pernah menyifatkan Tat Meng sebagai jurulatih tempatan yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk membantunya merealisasikan impian mengejar emas Olimpik buat negara di Sukan Olimpik 2024 di Paris. – Bernama

    Pemain badminton profesional Malaysia, Lee Zii Jia kelihatan sugul selepas tewas pada pusingan pertama Terbuka Indonesia, 14 Jun. – Bernama

    Ikuti berita lanjut dalam Edisi Rabu (Media Permata)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda