Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 – Rexy

    KUALA LUMPUR, 2 APRIL – Pemain lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik buat juara All England 2021 itu dalam menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai 26 Julai ini.

    Perkembangan itu dikongsikan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang mengadakan pertemuan bersama pengurus pemain itu, Lee Zii Yii dan jurulatihnya, Wong Tat Meng di Akademi Badminton Malaysia hari ini.

    Beliau difahamkan Zii Jia akan berdepan jadual padat dimulai dengan Kejohanan Badminton Asia (BAC) Ningbo, China bermula Selasa depan, diikuti Malaysia Masters (21 hingga 26 Mei), Terbuka Singapura (28 Mei hingga 2 Jun), Terbuka Indonesia (4 hingga 9 Jun) dan Terbuka Australia (11 hingga 16 Jun).

    “Jadi memang kalau dia sertai semua kejohanan itu dengan Piala Thomas ini maksudnya beban berlebihan terlalu banyak. Jadi ada beberapa cadangan daripada mereka (Team LZJ) tapi saya belum boleh cerita di sini. Saya akan bincang dengan pengurusan dulu apa perancangan mereka pasal Zii Jia untuk Piala Thomas.

    “Kita juga lihat Piala Thomas bersama-sama dengan Olimpik juga, jadi kita faham mereka punya perancangan untuk mahu dua-dua pihak senang dengan keputusan diambil. Saya faham mereka mahu sasar ranking Zii Jia di tangga ke-10 jadi meningkat ranking lapan terbaik. Nanti kita adakan pertemuan kembali dengan Team LZJ,” katanya.

    Rexy memaklumkan semuanya masih di peringkat perbincangan dengan tarikh akhir penghantaran nama ke Piala Thomas 2024 adalah pada 13 April ini, justeru pihaknya masih menanti pertemuan seterusnya bersama Team LZJ. – Bernama

    Reaksi Lee Zii Jia semasa perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) pada 17 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...