Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Zimbabwe bakal perkenal cukai ke atas minuman bergula

    HARARE, 1 DIS – Kerajaan Zimbabwe bakal memperkenalkan cukai ke atas minuman bergula dalam usaha untuk menghalang rakyatnya mengambil terlalu banyak gula yang dikatakan punca kepada beberapa jenis kanser, lapor Xinhua.

    Menteri Kewangan, Pembangunan Ekonomi dan Promosi Pelaburan, Mthuli Ncube berkata langkah baharu itu sebagai tindak balas terhadap kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesan buruk pengambilan gula yang terlalu banyak, khususnya dalam minuman.

    Beliau membuat kenyataan itu semasa menyampaikan bajet negara 2024 di Parlimen.

    “Pengambilan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit tidak berjangkit.

    “Oleh itu, adalah perlu untuk menghalang pengambilan minuman yang mengandungi gula yang tinggi, saya mencadangkan untuk memperkenalkan cukai sebanyak AS$0.02 sen setiap gram gula yang terkandung dalam minuman, kecuali air berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024,” katanya.

    Beliau berkata dana yang diperoleh daripada cukai itu akan diperuntukkan untuk terapi dan perolehan peralatan diagnosis kanser.

    Menurut ahli onkologi klinikal, Anna Mary Nyakabau kanser merupakan penyebab utama morbiditi di negara ini dengan lebih daripada 5,000 diagnosis baru dan lebih daripada 1,500 kematian setiap tahun. -Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...