Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dadah bernilai RM15.6 juta dirampas

    NILAI, 1 DIS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas ketamin seberat 260 kilogram (kg) bernilai RM15.6 juta pada 21 November lepas.

    Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota telah menyita lima tong berwarna biru ditinggalkan di penghujung jalan di kawasan perumahan di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada 3:50 petang.

    “Berdasarkan jumlah berat dadah diperoleh, dianggarkan seramai 1.3 juta individu dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah.

    “JKDM sedang mengesan dua lelaki Malaysia iaitu suspek utama kes tersebut, T Thangarajh berusia 30 tahun dan S Selvaraj berusia 36 tahun,” katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, di sini hari ini.

    Beliau berkata hasil siasatan mendapati dua suspek itu tiada rekod jenayah serta bukan keldai dadah dan alamat terakhir mereka masing-masing di Kuala Lumpur iaitu di rumah pangsa 610, Pandan Indah 5/20 dan di Taman Esplanad, Bukit Jalil. – Bernama

    Datuk Sazali menunjukkan rampasan barangan dadah semasa sidang media di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...