Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Zimbabwe laksana reformasi undang-undang tangani GBV

    HARARE, 7 DIS – Zimbabwe sedang melaksanakan reformasi undang-undang untuk menangani keganasan terhadap wanita dan gadis, termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, kata Menteri Keadilan, Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen, Ziyambi Ziyambi kelmarin.

    Dalam ucapannya pada acara 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Jantina (GBV), Ziyambi menekankan mengenai pencapaian utama setakat ini dalam Akta Perkahwinan yang menjadikan perkahwinan kanak-kanak sebagai jenayah.

    Beliau berkata kerajaan akan terus berusaha untuk menangani isu-isu seperti GBV dan memastikan akses kepada keadilan melalui pelbagai rangka kerja undang-undang, lapor agensi New Ziana.

    “Kami sedang melaksanakan reformasi undang-undang untuk memerangi keganasan terhadap wanita dan gadis, termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.” – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...