Selepas beberapa orang nama pelakon dipetik susulan kes pukul teman wanita pada Ahad lalu, kini giliran Zul Ariffin menyangkal terbabit dalam kes tersebut.
Terkejut dengan dakwaan itu, Zul atau Zulkifli Ariffin, 38, menegaskan dia tidak pernah melakukan kekasaran terhadap wanita kerana tidak dididik dengan perbuatan berkenaan.
“Saya pun tak tahu nama saya panas sebab saya dekat set penggambaran dan saya cuti hari ini, saya tak tahu apa cerita.
“Saya rasa saya tak tahu nak cakap apa dah…Sah sah bukan diri sendiri. Saya memang tak ada genetik pukul perempuan atau pun angkat tangan pada perempuan,” katanya.
Memetik laporan mStar, Zul berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama MBuzz yang dimuat naik di saluran YouTube.
Dalam pada itu, Zul mengakui tuduhan tersebut tercetus disebabkan usianya yang hampir sama dengan pelakon berkenaan.
Malah memberitahu tiada rasa hormat dengan terhadap lelaki yang gemar mengangkat tangan kepada insan lemah.
“Sekarang banyak lelaki macam itu. Tak berapa nak lelaki sangat, nak buat macam mana?
“Saya rasa disebabkan umur itu yang kena petik. Nampak umur-umur macam saya tapi saya ambil peluang beritahu umur saya 38 tahun.
“Saya sebagai seorang lelaki, saya memang agak kurang atau pun hormat kepada lelaki yang angkat tangan pada perempuan,” ujarnya. – Agensi