Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    1.7 juta penduduk Gaza hilang tempat tinggal – PBB

    GENEVA, 17 APRIL – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) mengumumkan kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel yang berterusan, mengakibatkan pembunuhan 33,000 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita.

    Jurucakap UNHCR, Ravina Shamdasani berkata dalam sidang akhbar di pejabat PBB di Geneva bahawa ‘menyelesaikan situasi bencana yang dialami oleh orang awam di Gaza mesti tetap menjadi keutamaan,’ lapor agensi berita dan maklumat Palestin (WAFA).

    Dilaporkan bahawa Israel terus mengenakan sekatan haram ke atas kemasukan dan pengedaran bantuan kemanusiaan di Gaza dan Israel mengebom semua kawasan di Semenanjung Gaza.

    Shamdasani berkata, “Terdapat kira-kira 1.7 juta orang yang kehilangan tempat tinggal secara paksa di Gaza. Orang-orang ini hidup dalam keadaan yang menakutkan dan di bawah ancaman yang berterusan.”

    Beliau menegaskan bahawa Israel, sebagai ‘kuasa pendudukan,’ mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk memulihkan ketenteraman dan keselamatan awam di Tebing Barat. – Bernama

    Wanita Palestin duduk di luar bangunan yang rosak teruk akibat pengeboman Israel, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 17 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...