Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pelanggan BIBD menang $1,000

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Seramai 10 orang pemenang bertuah Promosi BIBD Card Privileges menerima hadiah berjumlah keseluruhan $10,000 yang disampaikan dalam majlis yang berlangsung di Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), cawangan Hua Ho Manggis.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, hari ini, hadiah bagi 10 pemenang bertuah berkenaan disampaikan oleh Ketua Digital dan Pengurusan Pedagang BIBD, Dayang Rogayah binti Haji Samsudin.

    Kenyataan menyatakan, promosi berkenaan bermula pada lewat Oktober hingga pertengahan November lalu yang mana ia dibukakan kepada semua pemilik kad kredit Visa dan Mastercard BIBD yang baharu dan sedia ada.

    Di bawah promosi yang dikendalikan dengan kerjasama Hua Ho Department Store itu, para pemegang kad yang membeli-belah di cawangan Hua Ho yang menyertai promosi iaitu cawangan Manggis, Tanjung Bunut dan Sengkurong, dengan menggunakan kad kredit mereka, berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai $1,000.

    Promosi itu dihasratkan untuk menjadikan kegiatan membeli-belah lebih memberi ganjaran kepada pelanggan setia BIBD.

    Dayang Rogayah bergambar ramai dengan para pemenang bertuah Promosi BIBD Card Privileges. – Gambar serahan BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda