Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    100,000 lari diri dari Lubnan ke Syria

    GENEVA, 30 SEPT – Kira-kira 100,000 orang telah melarikan diri ke Syria dari Lubnan akibat serangan udara Israel, angka yang telah meningkat dua kali ganda dalam dua hari, kata ketua pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

    “Jumlah orang yang telah merentasi sempadan ke Syria dari Lubnan untuk melarikan diri daripada serangan udara Israel, warganegara Lubnan dan Syria, telah mencapai 100,000,” kata Filippo Grandi di platform media sosial X.

    “Aliran keluar ini masih berterusan,” katanya.

    Beliau berkata agensi pelarian PBB (UNHCR) berada “di empat titik persimpangan, bersama pihak berkuasa tempatan dan (Palang Merah Syria) untuk menyokong ketibaan baharu.”

    Perpindahan besar-besaran ke Syria yang dilanda perang bermula seminggu yang lalu, pada 23 September, beritahu UNHCR kepada AFP pada Sabtu.

    Penduduk Lubnan yang melarikan diri daripada pengeboman Israel di Lubnan menunggu untuk merentasi sempadan dengan Syria melalui persimpangan Masnaa di Lubnan timur, pada 24 September. – AFP

    Israel telah memperluas serangannya dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk merangkumi Lubnan serta Semenanjung Gaza, menyasarkan sekutu serantau Iran, Hizbullah.

    Serangan ke atas Hizbullah di Lubnan mengorbankan pemimpin mereka, Hassan Nasrallah, pada hari Jumaat.

    Pada minggu lepas, pengeboman Israel telah membunuh lebih 700 orang di Lubnan, termasuk 14 petugas paramedik dalam tempoh dua hari, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

    Menurut UNHCR pada Jumaat, seramai 30,000 orang telah menyeberangi sempadan ke Syria.

    Wakilnya di Syria, Gonzalo Vargas Llosa berkata kira-kira 80 peratus adalah warganegara Syria dan 20 peratus warganegara Lubnan.

    “Kebanyakan mereka yang melarikan diri adalah wanita dan kanak-kanak, walaupun ada juga lelaki yang meintasi sempadan. Kira-kira separuh adalah kanak-kanak dan remaja,” katanya kepada pemberita.

    Beliau menekankan bahawa penduduk yang melarikan diri itu ‘tiba di negara yang telah menderita akibat krisis dan keganasan selama lebih 13 tahun, serta mengalami keruntuhan ekonomi.’

    “Penduduk yang melarikan diri daripada pengeboman tiba di Syria dalam keadaan keletihan, trauma dan sangat memerlukan bantuan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda