Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    11 sertai CSEP Eselon kedua Brunei-Singapura ke-21

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Program Pertukaran Perkhidmatan Awam (CSEP) Brunei-Singapura Eselon Kedua ke-21 bermula hari ini dengan mengalu-alukan seramai 11 orang pegawai kanan perkhidmatan awam Brunei dan 11 orang pegawai kanan perkhidmatan awam Singapura.

    Majlis perasmian program berkenaan telah disempurnakan Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa, Civil Service College (CSC), Singapura, Roger Tan.

    Dalam majlis berkenaan, ketua delegasi dari kedua-dua buah negara, Timbalan Setiausaha Tetap (Tadbir Urus Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali dan Timbalan Setiausaha (Tempat Kerja), Kementerian Tenaga Manusia, Singapura, Jason Chen turut menyampaikan ucapan alu-aluan masing-masing. Program berkenaan dihoskan oleh CSC Singapura dalam tempoh empat hari dari 29 Januari hingga 1 Februari.

    Tahun ini beberapa tema akan diterokai seperti Governance in a Disruptive Era, A Future-Ready Public Service, A Sustainable Future Together dan Leading in a Disruptive Era.

    Pelbagai tema yang dipilih memberikan peluang kepada perwakilan bagi berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam menyediakan perkhidmatan awam bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan yang semakin kompleks dan saling berkait rapat dengan seluruh dunia.

    Program berkenaan termasuk penyampaian kuliah oleh agensi-agensi berkaitan, perbincangan strategik dengan kementerian-kementerian dan perjalanan pembelajaran termasuk melawat Punggol, sebuah bandar yang baharu dibangunkan terletak di timur laut Singapura yang berpusatkan warganegara dan membolehkan penduduk terlibat dalam pembangunan komuniti baharu mereka.

    Gambar ramai semasa majlis berkenaan.- GAMBAR SERAHAN IPA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...