Wednesday, December 18, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut keracunan gas karbon monoksida

    TBILISI, 17 DIS – Seramai 12 orang ditemukan meninggal dunia kerana disyaki keracunan monoksida karbon di pusat peranginan ski di Georgia, kata polis, kelmarin.

    Mayat 11 warga asing dan seorang warga Georgia ditemui pada Sabtu di kawasan tidur di atas restoran di pusat peranginan ski di Gudauri, di utara negara Kaukasus itu, menurut polis.

    “Ujian awal tidak menunjukkan sebarang tanda keganasan pada mayat,” yang ditemui di tingkat dua bangunan yang menempatkan restoran makanan India di pusat peranginan tersebut.

    “Generator yang menggunakan minyak dinyalakan selepas bangunan itu terputus bekalan elektrik pada Jumaat lalu,” kata polis.

    Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan mengenai kejadian tersebut. Identiti mangsa tidak didedahkan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda