Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    13 buah tapak tanah disediakan untuk bergerai

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan dalam menangani isu gerai yang bertapak di tepi-tepi jalan ini.

    Sebanyak 13 buah tapak tanah di seluruh negara telah pun disediakan melalui Majlis Perancangan Guna Tanah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan di mana status terkini sebanyak dua buah tapak tanah, satu di Kampung Tagap, Mukim Sengkurong dan satu di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Sungai Buloh, Mukim Mentiri telah diwartakan di bawah Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman mengulas perkara berkenaan bagi menjawab perbahasan yang dibangkitkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Chong Chin Yee berhubung sejauh manakah inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaan-perniagaan secara berkesan seperti kemunculan gerai di tepi-tepi jalan dan perniagaan homebase yang dilihat semakin meningkat di negara ini namun ketiadaan tapak strategik yang bersesuaian serta kawasan high traffic, semasa berlangsungnya pada hari ke-14 Persidangan MMN di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

    Yang Berhormat Dato turut menambah pada 7 Mac 2024, gerai yang disediakan di Kampung Tagap telah mula digunakan dan dikendalikan oleh majlis perundingan mukim dan kampung di Mukim Sengkurong.

    “Manakala 11 tapak lagi sedang dalam proses pewartaan, yang mana tujuh tapak telah diberikan kebenaran early development oleh pihak Kementerian Pembangunan dan Insya Allah, KHEDN melalui jabatan-jabatan daerah akan mengusahakan tapak-tapak berkenaan bagi kegunaan orang-orang kampung berniaga,” ujarnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa Persidangan MMN ke-20. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Yang Berhormat Chong Chin Yee semasa hari ke-14 Persidangan MMN. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Antara yang hadir semasa persidangan berkenan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...