Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    13 individu ditahan cetus kebakaran hutan di Greece

    ATHENS, 23 JUN – Pihak berkuasa Greece menahan 13 kru sebuah kapal layar kerana disyaki menyebabkan kebakaran hutan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kru berkenaan didakwa melakukan persembahan bunga api di pantai peranginan popular Pulau Hydra untuk menghiburkan tetamu, tetapi percikan api memulakan kebakaran di hanya satu-satunya hutan pain di sana.

    Pada mulanya suspek cuba memadamkan api tetapi kemudian menghubungi bomba dan beredar dari kawasan itu.

    Mereka yang berada dalam bot lain menyaksikan insiden itu dan melaporkan kepada pihak berkuasa, lapor media Greece dan memetik pihak pengawal pantai. Mereka yang ditahan akan dibawa ke muka pengadilan, kata pihak bomba.

    Datuk bandar pulau itu menzahirkan kemarahannya dalam wawancara di televisyen dan berkata tidak kira apa tindakan kerajaan pusat, komuniti di pulau itu akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

    Bomba berjaya mengawal kebakaran hutan itu lewat petang kelmarin dengan bantuan helikopter. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam