Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    131 pelajar Nusa Laila Puteri terima sijil

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seramai 131 murid dari Sekolah Nusa Laila Puteri hari ini menerima sijil pencapaian mereka dalam Majlis Konvokesyen dan Pesta Pendidikan ke-40 yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Pusat Belia di Bandar Seri Begawan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pelajar ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang.

    Turut hadir ialah Presiden, Pengarah dan Pengetua Sekolah Nusa Laila Puteri, Profesor Dr Pengiran Amir Mohd Yussof bin Pengiran Abbas Al-Haj.

    Para pelajar yang menerima sijil hari ini terdiri daripada pelajar sekolah cawangan Kiulap, Sungai Buloh, Tanjong Bunut dan Jangsak.

    Selain itu, enam murid Sekolah Nusa Laila Puteri turut menerima hadiah murid terbaik yang ditaja oleh Insurans Islam Taib Holdings Sdn Bhd dan disampaikan oleh Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Produk Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Haji Abdul Majid bin Haji Hidop.

    Murid-murid dari Sekolah Nusa Laila Puteri yang menerima sijil pencapaian mereka dalam Majlis Konvokesyen dan Pesta Pendidikan ke-40.

    Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan seperti nasyid, puisi, selawat, zikir dan mari bercerita. Kesemua persembahan dipersembahkan oleh murid-murid sekolah dari keempat-empat sekolah berkenaan.

    Sekolah Nusa Laila Puteri telah memberikan perkhidmatan dalam bidang pendidikan selama kira-kira 41 tahun. Dalam masa itu, kemajuan yang disumbangkan berjalan serentak mengikut perancangan melalui berbagai aktiviti-aktiviti dalaman ataupun luar sekolah.

    Sekolah tersebut juga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PSR dan keputusan membanggakan bagi pihak sekolah dan ibu-bapa murid-murid berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda