Wednesday, November 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    145 delegasi AUN sertai forum kebudayaan belia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Dengan mengetengahkan tema, Mendepan Bersama ke Arah Kelestarian Seni dan Budaya, seramai kira-kira 145 orang delegasi daripada 20 universiti-universiti anggota Rangkaian Universiti-Universiti ASEAN (AUN) termasuk 7 rakan kongsi dari negara-negara ASEAN +3 menyertai Forum Kebudayaan Belia ASEAN Ke-19 dan ASEAN +3 Ke-9.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Forum Kebudayaan Belia ASEAN Ke-19 dan ASEAN +3 Ke-9 diadakan di Dewan Bankuet BRIDEX, kelmarin.

    Hadir untuk menyempurnakan perasmian forum berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Haji Ahmad.

    Turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr Hazri bin Haji Kifle, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh, Pengarah Eksekutif AUN, Dr Choltis Dhirathiti, perwakilan-perwakilan daripada negara-negara ASEAN dan ASEAN +3, jemputan khas serta para peserta forum berkenaan.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi Bersama Forum Kebudayaan Belia ASEAN Ke19 dan ASEAN +3 Ke-9 dan juga Timbalan Dekan II, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr Haji Rozaiman bin Haji Makmun menyatakan bahawa UBD amat teruja untuk memulakan Forum Kebudayaan Belia tahunan berkenaan dengan mengetengahkan seni kolaboratif dan persembahan kebudayaan kebangsaan daripada setiap negara yang mengambil bahagian dalam forum itu.

    Beliau menyatakan bahawa penerapan kualiti seperti kesetiaan kepada warisan budaya ke dalam aktiviti-aktiviti forum berkenaan, para peserta bukan sahaja akan memperoleh kefahaman dan penghargaan yang lebih mendalam mengenai kekayaan budaya ASEAN dan rakan-rakan kongsinya tetapi juga membangunkan kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk menjadi pemimpin efektif dalam pemuliharaan budaya.

    Peserta-peserta persembahan yang menyerikan lagi majlis pembukaan berkenaan.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda