Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    15 keluarga terima bantuan JAPEM

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Dalam meringankan bebanan mangsa-mangsa bencana, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menyampaikan bantuan kewangan kepada 15 orang ketua keluarga, hari ini.
     
    Penyampaian sumbangan pada majlis yang berlangsung di bangunan KKBS ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.
     
    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh.
     
    Menurut KKBS, sembilan orang ketua keluarga daripada 15 yang menerima bantuan kewangan berkenaan adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir, seorang ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran, dua ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh atau tidak selamat untuk didiami dan tiga ketua keluarga terlibat dalam kejadian angin kencang. 
     
    Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
     
    Pemberian bantuan kewangan berkenaan adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. 
     
    Usaha berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.
    ATAS & BAWAH : Hajah Nor Ashikin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ketua keluarga. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
     
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...