Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pameran Pengajian Antarabangsa Findlay dapat sambutan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Sekitar 600 orang pelajar yang telah menamatkan pembelajaran di peringkat A dan O telah mengunjungi Pameran Pengajian Antarabangsa 2024 anjuran Findlay Education Services di Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

    Sebanyak 26 wakil dari institusi yang meliputi United Kingdom (UK), Australia, Kanada, Singapura, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hadir semasa pameran tersebut.

    Wakil-wakil berkenaan turut membantu golongan pelajar dalam memberikan nasihat dan bimbingan bagi sama-sama membuka minda mereka berkaitan melanjutkan pengajian di luar negara yang ditawarkan.

    Antara institusi yang mengambil bahagian dari UK termasuklah Aberystwyth University, Coventry University, Bangor University, De Montfort University, Lancaster University, Queen’s University Belfast, University of Birmingham, University of Edinburgh, University of Exeter, University of Liverpool, University of Plymouth, University of Surrey dan University of West England Bristol.

    Hadir semasa pameran berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut menghadiri pameran pengajian anjuran Findlay di Hotel Antarabangsa Rizqun, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para pelajar mendengarkan penjelasan daripada wakil universiti yang menyertai pameran. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Wakil Bank Baiduri turut hadir bagi memberi penjelasan mengenai pinjaman pendidikan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    PYT Ambra Dickie ketika ditemu bual oleh media pada pameran berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Kanada, Ross Willows; Pegawai Politik, Steve Taylor; Pegawai Pendidikan di Suruhanjaya Tinggi British, Morgan Kimber dan Setiausaha Politik Kedua di Suruhanjaya Tinggi Australia, Yan Kok.

    Menurut kenyataan Findlay, semasa pameran tersebut, pegawai-pegawai dari Jabatan Pengurusan Biasiswa turut memberikan penerangan kepada para pelajar mengenai soalan-soalan yang berkaitan dengan senarai biasiswa yang ditawarkan pada Disember untuk musim 2024-2025.

    Untuk pinjaman pendidikan dan akaun pelajar, ibu bapa juga berpeluang untuk bertemu dengan wakil Bank Baiduri sepanjang pameran. Pusat Guru British juga hadir bagi menyampaikan taklimat mengenai IELTS English Language dan banyak lagi.

    PYT Ambra Dickie ketika ditemu bual Media Permata melahirkan perasaan amat teruja dengan penyertaan di pameran berkenaan dan peningkatan pelajar Brunei yang belajar ke Kanada.

    Beliau berkata, universiti-universiti Kanada terkenal dengan sistem pendidikan yang terbaik dan menawarkan pelbagai tawaran pendidikan.

    Setakat ini, dianggarkan seramai 50 pelajar Brunei sedang melanjutkan pendidikan mereka di beberapa buah universiti di Kanada dan ini adalah jumlah yang besar bagi tahun lepas dan tahun ini berbanding beberapa tahun yang lalu.

    “Pada hari ini, kami membawakan Universiti Alberta yang menawarkan pelbagai tawaran pendidikan dan berharap para pelajar memilih universiti berkenaan,” ujar Puan Yang Terutama.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...