Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    15 maut, 100 cedera dalam nahas kereta api

    DHAKA, 23 OKT – Kira-kira 15 orang terbunuh dan 100 lagi cedera di Bangladesh selepas dua kereta api berlanggar hari ini, dengan pihak berkuasa berkata mereka bimbang jumlah kematian akan meningkat.

    Nahas di bandar timur Bhairab menyaksikan kereta api pengangkutan barang merempuh sebuah kereta api penumpang yang bergerak ke arah bertentangan, menyebabkan dua gerabak penumpang tergelincir, kata pegawai.

    “Kami telah menemui 15 mayat, ramai yang cedera,” kata Sadiqur Rahman, seorang pentadbir kerajaan di Bhairab memberitahu AFP, yang terletak sekitar 60 kilometer di timur laut ibu kota Dhaka.

    “Angka kematian akan meningkat,” kata Rahman, dengan pasukan penyelamat melaporkan mereka masih dapat melihat mayat yang terperangkap di bawah gerabak yang terbalik.

    Sekurang-kurangnya 100 orang cedera, tambahnya.

    Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang, berlaku apabila sebuah kereta api memasuki laluan yang sama dengan yang lain, kata Rahman.

    Kemalangan kereta api merupakan perkara biasa di Bangladesh dan selalunya disebabkan oleh isyarat yang lemah, kecuaian, landasan lama atau infrastruktur lain yang rosak. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...