Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Mahkamah tertinggi Indonesia tolak usaha sekat calon presiden

    JAKARTA, 23 OKT – Mahkamah tertinggi Indonesia menolak usaha untuk menyekat calon presiden yang berusia lebih 70 tahun atau terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.

    Peguam yang tergolong dalam kumpulan pembela hak asasi manusia dan pempetisyen lain berhujah bahawa perlembagaan memerlukan had yang lebih ketat daripada yang tertulis dalam Undang-undang Pilihan Raya Umum 2017, yang tidak menetapkan umur maksimum.

    Sekiranya berjaya, petisyen itu akan menyekat pendahulu Prabowo Subianto, 72, yang merupakan mantan jeneral pasukan khas dan menteri pertahanan Indonesia ketika ini daripada bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan mengambil tempat pada Februari depan.

    Meskipun kandungan pempetisyen tidak menyasarkan calon tertentu, pencalonan Subianto yang dikaitkan dengan penyiksaan dan kehilangan dalam tahun-tahun terakhir pemerintahan Jeneral Suharto yang memimpin Indonesia selama lebih 30 tahun sehingga peletakan jawatannya secara mengejut pada tahun 1998. Mahkamah dituntut untuk memutuskan bahawa calon tidak boleh berumur lebih dari 70 tahun, memetik keperluan perlembagaan bahawa calon mestilah berkebolehan dari segi mental dan fizikal untuk menjawat kedudukan itu. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...