Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    15 maut dipenggal kepala

    BENI, 15 APRIL – Kira-kira 10 hingga 15 orang awam terbunuh dalam serangan di wilayah Beni dekat timur Congo.

    Serangan terbaharu itu didakwa dilakukan oleh pemberontak ADF yang bergabung dengan Daesh, kata sumber tempatan hari ini.

    Berikutan itu, seorang pemimpin masyarakat sivil di Beni, Pepin Kavota menggesa agar pihak berkuasa campur tangan.

    “Pihak berkuasa perlu menghentikan tindakan biadap ini.

    “Kebanyakan mangsa dipenggal kepala,” katanya.

    Gambar Freepik

    Seorang pegawai di bandar Mulekera di barat laut Beni, Antoine Kambale, berkata tempat tinggalnya sering kali menjadi sasaran serangan ADF.

    Beliau berkata, terdapat 14 orang awam terbunuh kelmarin di beberapa lokasi dalam kawasan kejiranan itu.

    Selain diserang, katanya kumpulan itu juga bertindak membakar sebuah pusat kesihatan di mana mereka merompak bekalan perubatan sama seperti kejadian yang berlaku dua ming-gu lalu di wilayah kecil Beni dekat Magina, menyaksikan 10 orang terbunuh.

    “Selama sebulan kawasan kejiranan kami menjadi mangsa serangan ADF berulang kali,” katanya sambil menambah serangan baharu menyasarkan seorang lagi semalam dan hari ini.

    Dalam serangan itu, dua lagi maut masing-masing seorang wanita dan seorang pegawai polis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...