Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 kakitangan Western Foods & Packaging jalani Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Seramai 16 orang kakitangan daripada Western Foods & Packaging Sdn Bhd telah mengikuti kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari di syarikat berkenaan, baru-baru ini.

    Ia dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan dan keperluan daripada JBP mengenai situasi wabak COVID-19.

    Semasa kursus dijalankan, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal inhouse fire drill.

    Selain itu, para peserta turut didedahkan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul, dan tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran serta lawatan ke Balai Bomba Berakas.

    Para peserta kursus mendengarkan penjelasan mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda