Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pelajar, guru belajar cara betul guna alat pemadam api

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seramai 753 orang warga Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam (SU PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam) Kampung Mulaut baru-baru ini telah diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan tatacara menggunakan alat pemadam api yang betul yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Taklimat bagi pelajar sesi petang itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga sekolah di samping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.

    Menurut kenyataan akhbar JBP, latihan pengosongan bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur dan bersistematik.

    Antara murid yang hadir semasa sesi taklimat tersebut.
    Wakil guru SU PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam semasa latihan memadam kebakaran, baru-baru ini.
    Wakil JBP semasa menyampaikan taklimat berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...