Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    19 kenderaan terbakar di lapangan terbang

    MANILA, 22 APRIL – Kebakaran rumput di lapangan terbang antarabangsa Manila memusnahkan 19 kenderaan di tempat letak kereta hari ini, kata pihak berkuasa lapangan terbang dan bomba.

    Tiada laporan segera diterima mengenai kecederaan.

    Video yang dikongsi di media sosial dan disahkan oleh AFP menunjukkan beberapa kenderaan terbakar di tempat letak kereta di terminal tiga dengan asap hitam tebal berkepul-kepul naik di udara.

    Indeks haba dijangka mencecah 41 darjah Celsius di lapangan terbang pada hari ini, menurut peramal cuaca negeri.

    “Ia bermula dengan sebuah kereta yang terbakar di tempat letak kereta diikuti kenderaan lain kerana ia amat panas,” kata Lane Macleod, yang merakam salah satu video dari dalam terminal.

    “Kami berada di dalam lapangan terbang ketika itu. Kami hanya melihatnya dari tingkap,” katanya kepada AFP.

    Operasi penerbangan tidak terjejas oleh kebakaran itu, menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA) dalam satu kenyataan.

    MIAA berkata ia menerima laporan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 1:30 petang waktu tempatan dan api dapat dipadamkan dalam masa setengah jam.

    Pegawai bomba, Kristine Germino berkata punca kebakaran rumput itu masih belum diketahui. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...