Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemain catur termuda India cipta sejarah

    MONTREAL, 22 APRIL – Seorang pemain catur berusia 17 tahun dari India akan menjadi pemain termuda dinobatkan sebagai pencabar kejuaraan Kejohanan Catur Dunia selepas memenangi kejohanan utama di Kanada.

    Gukesh Dommaraju akan menentang juara bertahan Ding Liren dari China untuk melakar satu lagi sejarah, selepas menjadi pemain termuda memenangi Kejohanan Candidate yang paling berprestij.

    “Saya sangat lega dan gembira mengikuti permainan ini,” kata Gukesh selepas kejayaannya di Toronto, kelmarin.

    “Saya berada dalam pemikiran yang betul sepanjang acara itu. Dari awal hingga akhir, saya amat bersemangat, bermotivasi sepenuhnya dan saya hanya mahu memenangi acara itu.”

    “Seorang grandmaster sejak berumur 12 tahun, kini dia dijangka menjadi ‘pencabar Kejohanan Catur Dunia termuda dalam sejarah,” kata Persekutuan Catur Antarabangsa.

    ‘Saya tidak begitu kisah menjadi pemain termuda dan rekod yang dicatat, tetapi ia adalah perkara yang baik untuk dikatakan,’ katanya ketika menjawap pertanyaan tentang perasaannya tehadap kejayaan tersebut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...