CHINA, 5 JUN – Tanah runtuh merobek asrama pekerja syarikat perlombongan awal pagi kelmarin di barat daya China, mengorbankan 19 orang, kata pihak berkuasa.
Bencana itu berlaku di daerah luar bandar pergunungan di daerah Leshan di wilayah Sichuan, di mana hujan turun secara berterusan selama berminggu-minggu.
Lebih 180 orang dikerah membantu mencari mereka yang tertimbus di bawah serpihan dalam operasi yang berakhir pada petang kelmarin. – Xinhua