Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Seramai 19 orang pesara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai kayuhan berbasikal bermula dari kawasan letak kereta Jerudong Park menuju Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, kelmarin.
Acara kayuhan berbasikal sejauh kira-kira 65 kilometer yang diketuai oleh Mejar (B) Pengiran Haji Idrus bin Pengiran Haji Mahmud selaku ketua kumpulan itu diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-61.
Aktiviti dianjurkan oleh mantan-mantan ABDB bagi meraikan sambutan HUT ABDB ke-61 serta mengambil kesempatan memberikan sokongan kepada semua anggota ABDB yang masih berkhidmat supaya terus berjiwa kental dalam mempertahankan negara dan kedaulatan raja.
Pada masa yang sama, mereka juga akan terus memupuk semangat setia kawan di samping silaturahim dan menjaga kesihatan mereka sebagi pesara ABDB.
