Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    2 helikopter terhempas membunuh 10 anggota TLDM

    KUALA LUMPUR, 23 APRIL – Seramai 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, Malaysia pagi hari ini. 

    Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut menerusi kenyataan memaklumkan insiden pada 9:32 pagi itu melibatkan 10 kru masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

    “Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” menurut kenyataan itu di Kuala Lumpur, hari ini. 

    Kenyataan itu memaklumkan TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

    Selain itu, TLDM juga memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

    Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-dua pesawat berkenaan terjunam.

    Difahamkan insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan. – Bernama

    Insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, Malaysia pagi hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...