Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    2 syarikat tempatan terima kontrak DARe

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Dua buah syarikat yang telah dianugerahkan kontrak program i-Usahawan Non-Energy, menandatangani perjanjian yang berlangsung di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi (D&T), Taman Teknologi Anggerek Desa hari ini.

    Majlis anjuran Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) melalui Darussalam Enterprise (DARe) itu telah menyaksikan Syarikat Almag Maju Jaya dan Rizq Jaya Sdn Bhd menerima anugerah kontrak berkenaan.

    Dalam majlis tersebut, Syarikat Almag Maju Jaya diwakili oleh Pengarah Urusan dan Pengurus Kontrak dan Operasi, Muhamad Hamiz Haji Ghani dengan Timbalan Pengurus Kontrak dan Operasi sebagai saksi, Awang Najib Asmu’i Haji Ghani.

    Manakala Rizq Jaya Sdn Bhd pula diwakili oleh Pengarah, Dayang Nurul Izzati Naqibah Zaidi dan disaksikan oleh Pengurus, Dayang Nurul Iwana Naqiyah Zaidi.

    Syarikat Almag Maju Jaya, sebuah syarikat milik belia tempatan yang menjalankan perkhidmatan pembinaan am dan penyelenggaraan tanah telah dianugerahkan dua kontrak untuk tempoh dua tahun bagi menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan tanah di empat taman perindustrian di bawah pengurusan DARe.

    Sementara Rizq Jaya Sdn Bhd, juga dimiliki oleh seorang belia Brunei yang mana telah menjalankan pembinaan am, pembersihan, pengurusan acara dan IT, juga telah dianugerahkan dengan dua kontrak untuk tempoh dua tahun bagi menjalankan perkhidmatan pembersihan bersepadu dan kawalan serangga perosak untuk tiga kilang siap terbina (RBF) juga di bawah pengurusan DARe.

    Kedua-dua syarikat tempatan ini telah dianugerahkan kontrak dengan menjadi sebahagian daripada program keusahawanan i-Usahawan Non-Energy, yang antara lain bertujuan untuk memudahkan peluang perusahaan yang dipacu oleh belia.

    Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengurusan kanan dan pegawai LKEB dan DARe.

    ATAS & BAWAH : Kedua-dua buah syarikat menandatangani kontrak i-Usahawan Non-Energy – GAMBAR SERAHAN BEDB
    GAMBAR SERAHAN BEDB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...