Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    20 mayat pendatang ditemukan reput

    RIO DE JANEIRO, 14 APRIL – Sekurang-kurangnya 20 orang disyaki pendatang asing tanpa izin dari Haiti ditemukan maut dalam sebuah bot di utara Brazil, dengan mayat dalam keadaan reput dan menunjukkan tanda dehidrasi serta kelaparan, kata polis semalam.

    Nelayan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa selepas menemui bot terbabit berhampiran bandar Braganca, yang terletak di pantai utara Brazil di negeri Para, kata jurucakap polis Persekutuan kepada AFP.

    “Menurut pakar polis sivil dan forensik, terdapat sekurang-kurangnya 20 mayat. Ketua polis Persekutuan bagi Braganca, Alexandre Calvinho, berkata mereka dipercayai pelarian Haiti.

    “Bagaimanapun, siasatan lanjut diperlukan untuk mengesahkan punca kematian dan identiti mangsa,” kata polis dalam kenyataan.

    Pekerja kecemasan sedang menunda bot itu ke sebuah kampung bernama Vila Tamatateua, di mana penyiasat merancang untuk mengeluarkan mayat.

    Mangsa ‘dipercayai mati kerana kelaparan dan dehidrasi, tetapi analisis lanjut diperlukan. Siasatan sedang dijalankan,’ kata polis.

    Media tempatan melaporkan nelayan menemui bot kecil itu kelmarin di pantai Lautan Atlantik terpencil antara bandar Braganca dan Quatipuru, yang terletak sekitar 3,500 kilometer dari Haiti.

    Laman berita G1 menyiarkan video yang dikaitkan dengan salah seorang nelayan, yang menunjukkan sebuah bot kayu dengan cat biru pudar terapung di air yang cetek. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...