Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    20 pelanggan bertuah imagine ‘membeli-belah’

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Bagi menghargai para pelanggan yang terus memberikan sokongan kepada imagine Sdn Bhd, seramai 20 orang pelanggan bertuah syarikat itu berpeluang untuk mengambil bahagian dan ‘membeli-belah’ dalam acara tahunan yang dianjurkan oleh imagine bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga yang berlangsung di Hua Ho, One City, hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Suharju dalam kata alu-aluannya sebelum acara ‘membeli-belah’ bermula menyatakan bahawa imagine terus menghargai sokongan pelanggan-pelanggannya di mana pelbagai kempen ganjaran telah diadakan berpaksikan kepada ikrar syarikat berkenaan untuk menjadi penyedia telekomunikasi Brunei yang terbaik untuk keluarga baik di rumah, tempat kerja atau di mana sahaja.

    Antara kempen ganjaran yang mendapat sambutan adalah Kempen Win Cash with imagine di mana dua pemenang bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai $5,000, manakala lebih 100 pemenang lain memenangi hadiah wang tunai mingguan $100 serta barangan imagine.

    Semasa acara ‘membeli-belah’ itu, pelanggan-pelanggan bertuah mempunyai masa 90 saat untuk mereka membuat pilihan barang-barang kegunaan harian dan bagi keluarga yang terdapat di pasar raya berkenaan dan memasukkannya ke dalam troli masing-masing.

    Salah seorang pelanggan bertuah, Dayang Siti Nurasella binti Yahya yang juga pelanggan bertuah yang mencatatkan jumlah belian terbanyak dalam aktiviti berkenaan, menyatakan penghargaan kepada imagine kerana mengadakan acara yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada mereka untuk sama-sama meraikan ulang tahun ketiga imagine.

    Mengulas mengenai barang-barang pilihannya semasa acara itu, beliau menyatakan bahawa akan mengongsi barangan yang dipilih bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

    Dayang Suzannawati (kiri) dan Dayang Siti Nurasella (tengah) bergambar ramai selepas acara ‘membeli-belah’ imagine yang diadakan di Hua Ho, One City, kelmarin.
    Dayang Suzannawati bergambar ramai dengan para pelanggan bertuah imagine yang menyertai acara ‘membeli-belah’ imagine yang diadakan di Hua Ho, One City, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...