Wednesday, May 1, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    20 warga Malaysia sertai misi flotila ke Gaza

    KUALA LUMPUR, 18 April – Dua puluh warga Malaysia akan menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

    Ahli Lembaga Pengarah Friends of Palestine Network of Advocacy and Solidarity, Farwina Faroque yang merupakan antara rakyat Malaysia terpilih, berkata dalam catatan di media sosialnya bahawa misi itu bertujuan untuk memecahkan sekatan tentera laut ke atas Gaza dan membawa bantuan kemanusiaan.

    “Kami memulakan perjalanan kami,” kata Farwina, berkongsi catatannya mengenai rakyat Malaysia yang mengambil bahagian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis ketika mereka bersedia untuk terbang ke Turkiye, iaitu flotila dijangka mula belayar dari Istanbul pada akhir bulan ini.

    Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha dalam sidang media baru-baru ini berkata 20 warga Malaysia itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

    Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV, Mohammad Nulhakim Jailan.

    Beliau berkata aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia dijadual berkumpul di Istanbul hari ini untuk persiapan akhir sempena misi ‘Break the Seige of Gaza’. – Bernama

    Aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla berlepas ke Istanbul, Turkiye, pagi ini. – Astro Awani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...