Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    22 cedera dalam kemalangan bas di Turkiye

    ISTANBUL, 17 OKT – Kira-kira 22 penumpang cedera di barat Turkiye hari ini apabila sebuah bas persiaran yang membawa pelancong Jepun terbalik di lebuh raya, lapor media.

    Salah seorang daripada mereka cedera parah apabila bas itu hilang kawalan, kata agensi berita DHA.

    Tidak dapat dipastikan jumlah penumpang yang berada di dalam bas itu.

    Mereka yang cedera dibawa ke hospital berdekatan, tambah agensi berita itu.

    Perjalanan bas adalah satu cara pengangkutan yang popular di Turkiye dengan insiden kemalangan biasa berlaku.

    Pada Ogos, sebuah bas merempuh jambatan lebuh raya berhampiran ibu negara Ankara, membunuh sembilan orang dan mencederakan 26 orang.

    Pada Mei lalu, 10 orang maut dan 40 cedera apabila sebuah bas, dua kereta dan sebuah lori bertembung di sebatang jalan berhampiran bandar Mersin di selatan. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda