Monday, March 10, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    22 tentera AS cedera dalam nahas helikopter di Syria

    WASHINGTON, 13 JUN – Seramai 22 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) cedera dalam nahas helikopter di timur laut Syria pada Ahad, menurut pusat CENTCOM AS pada Isnin.

              Nahas itu mengakibatkan mangsa mengalami pelbagai tahap kecederaan, lapor Agensi Anadolu.

              “Anggota yang cedera sedang menerima rawatan, 10 daripada mereka telah dipindahkan ke kemudahan penjagaan kesihatan,” menurut CENTCOM.

    Punca kejadian sedang disiasat. – Bernama

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda