Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 pendatang Tunisia hilang semasa belayar

    TUNISIA, 19 MEI – Kira-kira 23 pendatang haram Tunisia dilaporkan hilang ketika belayar ke Itali, menurut kenyataan Pengawal Kebangsaan Tunisia yang dikeluarkan kelmarin.

    “Kumpulan 23 pendatang Tunisia meninggalkan pantai Korba di wilayah barat laut Nabeul lewat malam pada 3 Mei dalam usaha untuk merentasi Laut Mediterranean untuk memasuki Itali secara haram,” kata Pengawal Kebangsaan Tunisia dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya.

    Keluarga 23 individu itu melaporkan terputus hubungan dengan mereka pada 14 dan 15 Mei,” kata kenyataan itu sambil menambah bahawa usaha mencari pendatang haram yang hilang masih dijalankan.

    Sementara itu, unit keselamatan Tunisia telah menahan lima penganjur percubaan imigresen ini. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda