Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    239 hari lagi sebelum Agong tamat tugas

    KUALA LUMPUR, 5 JUN – Bagai menghitung hari, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya mempunyai kira-kira 239 hari, sebelum menamatkan tugas dan berangkat pulang ke Pahang.

    Seri Paduka menzahirkan kesyukuran kerana telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat, serta keafiatan daripada Allah SWT, untuk melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun lamanya.

    “Dalam perkiraan Beta, hanya 239 hari lagi sebelum Beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang,” titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

    Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI setelah bersemayam sejak 2019.

    Pada masa yang sama Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Pahang, turut menzahirkan penghargaan dan kesyukuran kepada Majlis Raja-Raja atas kepercayaan serta amanah besar kepada Seri Paduka dalam memayungi negara hampir lima tahun sejak 2019. – Bernama

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda