Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    25 cedera kenderaan rempuh rekrut polis

    LOS ANGELES, 17 NOV – Seramai 25 rekrut polis cedera semasa latihan apabila sebuah kenderaan merempuh mereka di selatan negeri California, barat Amerika Syarikat pagi semalam, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.

    Laporan sebelum ini berkata 23 cedera apabila pemandu berusia 22 tahun itu memasuki laluan yang salah dan merempuh sekumpulan 75 rekrut yang berlari dalam formasi ketika latihan. Lima yang cedera berada dalam keadaan kritikal, empat dalam keadaan stabil manakala 16 cedera ringan, kata Syerif Daerah Los Angeles, Alex Villanueva.

    Kenderaan itu menukar haluan menghala ke arah kumpulan rekrut dari Jabatan Syerif Daerah Los Angeles dan jabatan polis lain di California Selatan sekitar 6:20 pagi di Whittier, kata Villanueva pada sidang akhbar.

    Pegawai berkata pemandu muda itu mengalami kecederaan ringan dan ditahan di tempat kejadian.

    Villanueva berkata pemandu itu melepasi ujian mabuk dan punca kemalangan ‘masih tidak diketahui buat masa ini.’ – Bernama

    Dua penyiasat berdiri bersebelahan kenderaan SUV yang remuk selepas merempuh rekrut polis di Whittier, California pada 16 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...