Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    imagine taja perlawanan persahabatan antarabangsa DPMM FC

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Syarikat telekomunikasi, imagine Sdn Bhd (imagine) mengumumkan kerjasamanya sebagai rakan telco rasmi bagi perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa antara DPMM FC dan Guangxi FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 20 April nanti.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh imagine, di sini, majlis penyerahan tajaan tersebut diadakan di Ibu Pejabat imagine.

    Tajaan itu disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ekskutif imagine, Allen On kepada Pengerusi Penganjur dan Bendahari bagi perlawanan persahabatan itu, Lim Han Chiong dan Pengerusi Acara, Pengiran Salleh AB Rahaman bin Pengiran Haji Damit.

    Allen On dipetik menyatakan bahawa imagine sentiasa ingin menabur bakti kembali kepada masyarakat dan mengenali akan kuasa sukan untuk menyatupadukan semua orang serta memupuk rasa keterangkuman.

    Penajaan perlawanan persahabatan antarabangsa itu, jelasnya, adalah selaras dengan komitmen kepada menyokong komuniti bola sepak di Negara Brunei Darussalam.

    Di samping itu, imagine juga akan menghoskan Football Fiesta yang mengetengahkan perlawanan pertunjukan antara DPMM FC dan EPL Legends pada 30 April di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan perlawanan berkenaan dengan tiket boleh didapatkan di pusat-pusat imagine bermula minggu ini.

    Allen On semasa menyampaikan tajaan berkenaan kepada Lim Han Chiong dan Pengiran Salleh AB Rahaman. – GAMBAR SERAHAN IMAGINE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...