Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    27 keluarga terima sumbangan Hari Raya Aidilfitri

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 4 MEI – Bagi memastikan semua penduduk, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik, boleh merasakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri sepenuhnya, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lorong Tiga Selatan Seria dan Jawatankuasa Takmir Masjid Lorong Tiga Selatan telah menyampaikan sumbangan kepada 27 buah keluarga di kampung berkenaan, baru-baru ini.

    Majlis diadakan di kediaman Pemangku Penghulu Mukim Seria dan Ketua Kampung Lorong Tiga Selatan, Haji Saidin bin Haji Ibrahim yang bersama-sama penasihat MPK Lorong Tiga Selatan, Haji Osman bin Haji Omar menyempurnakan penyampaian sumbangan.

    Sumbangan termasuk keperluan makanan asas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli MPK dan sumbangan peribadi penasihat dalam bentuk wang tunai.

    Haji Saidin berkata, acara berkenaan merupakan tanggungjawab tahunan yang diadakan oleh MPK tersebut untuk membantu mengurangkan beban keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dalam menyambut Hari Raya.

    Beliau turut mengesahkan semula komitmen MPK dalam menyokong mereka yang memerlukan, bukan sahaja di kampung itu malah di kawasan sekitar, di mana mereka merancang untuk melaksanakan acara-acara serupa.

     

    Haji Saidin dan Haji Osman semasa menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada salah seorang penerima.

    Haji Saidin, Haji Osman dan para penerima semasa sesi bergambar ramai selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda