Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    28 individu, 2 syarikat didenda buang sampah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 28 individu dan dua buah syarikat telah dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah $5,900, setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Pindaan 2021 kerana membuang sampah di tempat awam dan laluan awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB), di sini, kompaun berkenaan adalah hasil tindakan daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU) JBBSB semasa Operasi Bersih dan rutin pemantauan bagi Oktober dan November 2023.

    Individu-individu dan syarikat berkenaan dikehendaki menjelaskan kompaun masing-masing ke Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Bangunan JBBSB, Jalan Perdana Menteri dalam tempoh tujuh hari.

    JBBSB mengingatkan mana-mana individu dan pemilik atau penyewa bangunan untuk sama-sama menjaga aspek keindahan, kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan Bandar Seri Begawan.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan perkongsian maklumat yang berkaitan boleh menyalurkannya terus ke nombor Talian e-Darussalam 123, e-mel kepada Info@123.gov.bn, laman sesawang www.123.gov.bn, WhatsApp ke talian 8333123, atau hotline BPU JBBSB di talian 7291122.

    ATAS & BAWAH : Antara sampah yang dibuang di tempat awam semasa Operasi Bersih yang dijalankan JBBSB baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JBBSB
    GAMBAR SERAHAN JBBSB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...