Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    29 pemberontak ditembak polis

    NEW DELHI, 17 APRIL – Polis di India menembak sekurang-kurangnya 29 pemberontak Maois di Chhattisgarh kelmarin, menurut pihak berkuasa, tiga hari sebelum permulaan pilihan raya India di mana Perdana Menteri, Narendra Modi bertanding untuk penggal ketiga.

    Menurut satu kenyataan, polis melancarkan serbuan selepas menerima maklumat mengenai kehadiran Maois di daerah Kanker. Tiga anggota keselamatan telah cedera dalam pertempuran itu sebelum polis merampas beberapa senjata.

    Askar India telah memerangi pemberontak Maois di beberapa negeri tengah dan utara sejak 1967, apabila kumpulan yang juga dikenali sebagai Naxalites itu mula berjuang untuk menuntut lebih banyak pekerjaan, tanah dan kekayaan daripada sumber semula jadi untuk masyarakat peribumi yang miskin di negara itu.

    Kerajaan India berkata pemberontak, yang diilhamkan oleh pemimpin revolusi China, Mao Zedong, menimbulkan ancaman keselamatan paling serius di negara itu.

    Kumpulan pemberontak itu aktif di beberapa kawasan India, terutamanya di Chhattisgarh, salah satu negeri termiskin di negara itu walaupun kekayaan mineralnya, dan sering menyerang tentera dan pegawai kerajaan.

    Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berikrar untuk menghapuskan pemberontakan dari negeri itu dan menyifatkan ia sebagai ‘musuh terbesar pembangunan, keamanan dan masa depan belia yang cerah.’

    “Kami berazam untuk membebaskan negara daripada bencana Naxalisme,” menurut ciapan Shah di media sosial, X. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...