Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 buah syarikat di Temburong dikompaun kerana sampah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG, 29 NOV – Dua buah syarikat telah dikenakan tindakan kompaun atas Pelanggaran Peruntukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Pindaan 2021) iaitu; kesalahan membuang dan melonggok sampah sarap tidak di tempat yang dikhaskan dan membuang cecair minyak yang mengalir atau jatuh di tempat awam.

    Ia adalah hasil Operasi Sepadu Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong Bersama Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ke beberapa premis sekitar daerah ini, baru-baru ini.

    Syarikat Ampuan Daud and Brothers dan Irfan Irsyad Enterprise masing-masing telah dikenakan denda sebanyak $1,000.00 atas kesalahan Perlanggaran Peruntukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Pindaan 2021]) Bab 12(1)(a) bagi Syarikat Ampuan Daud and Brothers dan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Pindaan 2021) Bab 12(1)(c) bagi Irfan Irsyad Enterprise.

    Manakala, Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan telah mengeluarkan tawaran kompaun ke atas Syarikat Koperasi Bersatu Temburong sebanyak $2,000.00 kerana melanggar kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian [Pindaan 2021] Bab 12 (1)(f).

    Pemeriksaan terhadap syarikat tersebut merupakan pemeriksaan susulan setelah didapati terdapatnya kesalahan meletakkan longgokan sampah di tepi kawasan premis berkenaan.

    Syarikat itu tersebut juga sebelum ini telah diberikan persuratan dan seterusnya telah diarahkan untuk membersihkan kawasan berkenaan dalam tempoh satu minggu dan atas kesalahan itu. Syarikat tersebut telah diberikan tempoh satu minggu untuk menjelaskan pembayaran kompaun serta diarahkan untuk membersihkan kawasan berkenaan.

    Jika gagal melaksanakan arahan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kesalahan Rampaian Bab 12(1)(f) iaitu jika sabit kesalahan denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan seterusnya dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Sehubungan itu, Jabatan Daerah Temburong mengingatkan kepada orang ramai dan pemilik-pemilik syarikat perniagaan agar tidak mengambil ringan mengenai isu kebersihan.

    Tindakan itu adalah langkah berterusan Jabatan Daerah Temburong agar semua pihak sama-sama mengambil perhatian dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar negara.

    Antara kesalahan dua buah syarikat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan bahagian kenderaan di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Temburong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...