Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    3 dicekup seludup barang tegahan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JKED

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seorang lelaki warganegara tempatan dan dua orang lelaki penduduk tetap telah ditahan dalam tiga operasi tegahan kastam, baru-baru ini.

    Operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) itu menumpukan di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Mumong, Kuala Belait dan perairan Sungai Brunei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKED, di sini, hasil operasi pertama yang dijalankan di kawasan RPN Kampung Rimba, pada 22 November lalu, jabatan itu berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan yang berumur 61 tahun atas kesalahan memiliki sembilan karton dan 71 paket rokok pelbagai jenis.

    Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah $224.95, dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan barang kesalahan kastam. Manakala itu, dalam gerakan operasi kedua yang dijalankan di kawasan STKRJ Mumong, Kuala Belait pada 23 November lalu, dua orang lelaki penduduk tetap berumur 17 tahun dan 50 tahun ditahan atas kesalahan memiliki 19 paket rokok pelbagai jenis dan satu unit vape.

    Sementara itu, semasa gerakan operasi ketiga yang dijalankan pada 24 November
    lalu, di kawasan perairan Kampung Sungai Bunga dan Kampung Sungai Besar, JKED telah berjaya merampas 1,350 karton rokok pelbagai jenis dan 20 tin minuman keras.

    Turut dirampas adalah sebuah perahu gentian berukuran 17 kaki berserta satu unit enjin berjenama Yamaha 85hp.

    Semua barang-barang terbabit telah dirampas dan individu-individu terlibat dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, JKED bagi siasatan lanjut.

    JKED menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara ini dan menghindari kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan kastam.

    Barang rampasan dalam operasi ketiga di Kg Sungai Bunga dan Kg Sungai Besar.
    Perahu berserta enjin yang turut dirampas semasa operasi di kawasan perairan Sungai Brunei.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...