Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kesihatan reproduktif, mental remaja membimbangkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Data daripada Jabatan Statistik, Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa pada 2021 di Negara Brunei Darussalam, lima punca tertinggi kematian dalam kalangan golongan remaja adalah kanser, penyakit jantung, kemalangan jalan raya, septisemia dan penyakit hati.

    “Walau bagaimanapun, beberapa data kesihatan kebelakangan ini, menunjukkan data yang membimbangkan terutama faktor risiko berkaitan masalah kesihatan reproduktif seperti kehamilan dan jangkitan hubungan kelamin di usia remaja selain penggunaan tembakau dan masalah kesihatan mental.”

    Kebimbangan itu disuarakan oleh Pegawai Pelajaran Kesihatan, Pusat Promosi Kesihatan, Dayang Nurul Adilah binti Mahmud semasa berucap pada Perkhemahan Remaja ACE (A-Active and Admirable, C-Charismatic dan E-Excellent) 2022 di Perkampungan Sukan, Berakas hari.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta perkhemahan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui.

    Data kehamilan remaja di Brunei Darussalam menunjukkan trend yang membimbangkan di mana pada 2021, terdapat sebanyak 232 kes kehamilan yang mana ia meningkat daripada 2017 iaitu sebanyak 200 kes, jelas Dayang Nurul Adilah lagi dalam ucapannya selaku pengerusi bersama Perkhemahan Remaja ACE 2022.

    Dr Ang Swee Hui menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Perkhemahan Remaja ACE 2022.
    Dayang Nurul Adilah semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.

    Beliau berkata, walaupun data jangkitan hubungan kelamin dalam kalangan remaja menurun daripada 15 kes pada 2017 kepada dua kes pada 2021, perangkaan itu, hanya dalam kalangan kes-kes yang dilaporkan di Kementerian Kesihatan.

    “Selain itu, data Global School-based Student Health Survey (GSHS) dalam kalangan remaja berumur 13-15 tahun yang dijalankan pada 2018 di Negara Brunei Darussalam menunjukkan satu antara 20 remaja mempunyai pengalaman melakukan hubungan seksual dan satu di antara 10 remaja pula pernah mengalami online sexual grooming,” kongsi beliau.

    Bagi menyahut objektif Wawasan Brunei 2035 dan The Convention on the Rights of the Child (perenggan 24) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selaras dengan inisiatif di bawah Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2019-2023, Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan akan menjalankan Projek Belia
    ACE.

    Dayang Nurul Adilah menerangkan bahawa salah satu aktiviti di bawah program berkenaan ialah Program Rintis Perkhemahan Remaja ACE, yang menyasarkan remaja berumur 12 hingga 15 tahun.

    Perkhemahan itu bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kepentingan mengamalkan cara hidup sihat dan mempromosikan teknik menahan diri sebagai langkah terbaik.

    Perkhemahan empat hari anjuran Pusat Promosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-sekolah, dan Majlis AIDS Brunei Darussalam, itu disertai oleh 35 pelajar dari lima buah sekolah menengah terpilih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...