Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    3 kanak-kanak maut dalam kebakaran

    HANOI, 24 JUN – Tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran di bandar Da Lat di Dataran Tinggi Tengah Vietnam pagi tadi, lapor media tempatan.

    Api menyambar sebuah rumah kayu kira-kira jam 10 pagi semasa tiga beranak itu berada di dalam rumah.

    Ibu mereka yang sedang keluar telah mengunci pintu ketika kejadian itu berlaku, lapor VnExpress.

    Vietnam telah melaporkan 1,989 kebakaran dan letupan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, membunuh 36 orang dan mencederakan 37 yang lain.

    Kebakaran dan letupan itu telah menyebabkan kerugian harta benda sebanyak 116.3 bilion dong Vietnam (AS$4.5 juta dolar), menurut Pejabat Perangkaan Am negara itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...