Monday, February 26, 2024
30 C
Brunei

    -

    3 kesalahan dikesan dalam Ops Siaga

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BELAIT, 5 FEB – Tiga kesalahan Perintah Pekerjaan 2009 telah dikesan dilakukan majikan dalam Operasi Siaga 21/2024 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh cawangan Daerah Belait di dua kawasan pada 29 Januari lalu.

    Pemeriksaan pertama yang telah dijalankan di Kawasan Sungai Liang, Daerah Belait telah mendapati satu kesalahan di bawah Bab 112 (2) iaitu kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pekerja asing, di mana seorang pekerja berjawatan buruh membuat pekerjaan juruwang.

    Manakala itu, pemeriksaan kedua di Kawasan Sungai Liang, Daerah Belait pula mendapati dua kesalahan di bawah Bab 10 iaitu gagal menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis dan Bab 82, gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas.

    Bagi kesalahan-kesalahan tersebut, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan.

    Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    ATAS & BAWAH : Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan tetapkan Khamis hari terakhir doktor mogok kembali bekerja

    SEOUL, 26 FEB - Kerajaan Korea Selatan memberi doktor muda yang mogok empat hari untuk melaporkan diri ke tempat kerja, dengan berkata hari ini...