Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Ceramah kerjaya industri hospitaliti, pelancongan terus aktif dilaksana

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Seramai 68 orang pelajar khusus dalam bidang perjalanan, pelancongan dan hospitaliti di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS), hari ini, telah menghadiri ceramah kerjaya yang berlangsung di sekolah berkenaan.
     
    Acara dikendalikan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP) yang telah terlibat secara aktif dalam promosi kerjaya dalam industri hospitaliti dan pelancongan. 
     
    Ceramah seumpamanya juga telah diadakan di Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Husain pada 27 Januari lalu dan esok, JKP akan mengadakannya di SM Sultan Hassan, Temburong.
     
    Maktab SOAS merupakan sekolah kelima yang telah menghadiri ceramah kerjaya berkenaan.
     
    Sejak awal tahun, jabatan tersebut dengan penuh dedikasi terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dari pelbagai sekolah menengah. 
     
    Ceramah berkenaan bukan sahaja untuk melengkapkan pelajar dengan pemahaman yang menyeluruh tentang industri hospitaliti dan pelancongan, tetapi juga untuk menawarkan bimbingan berharga kepada pelajar yang bercita-cita bagi meneruskan kerjaya selepas menamatkan sekolah.
     
    Pada sesi ceramah itu, pakar dari Hotel Aman Hills, Royal Brunei Culinary dan Travelhub Tours and Travel Sdn Bhd telah menawarkan pandangan mereka secara langsung tentang pelbagai aspek sektor hospitaliti dan pelancongan termasuk mengenai pengurusan hotel, perjalanan dan pelancongan, panduan pelancongan dan seni kulinari.
     
    Pusat Pembangunan Belia (PBB) turut mengadakan pameran kerjaya mini yang mempamerkan dan memberikan maklumat tentang kursus yang ada dalam seni kulinari di mana pelajar boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.
     
    Para pelajar mendengarkan penerangan semasa ceramah kerjaya di Maktab SOAS, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JKP
    Antara pelajar SM Sayyidina Husain yang turut menghadiri ceramah kerjaya dari JKP. – GAMBAR SERAHAN JKP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...