Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Ke arah pengurusan pasukan pengakap yang optimum

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Seramai 78 orang telah menyertai Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Pengakap yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pengakap, Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Kompleks Pengakap, Jalan Gadong, baru-baru ini.

    Bengkel sehari itu dianjurkan oleh PPNBD melalui Bahagian Latihan Pengakap Kebangsaan di mana ia disertai oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya pengakap daerah, penolong pesuruhjaya pengakap daerah, pemimpin pasukan pengakap dan penolong pemimpin pasukan pengakap serta ahli-ahli pengakap dewasa (AIS) dari seluruh negara.

    Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan asas secara teori dan latihan praktikal yang lebih berkesan dalam latihan perjumpaan mingguan serta melaksanakan kaedah pengakap semasa mereka menjalankan kegiatan pengakap di samping dapat memahami dan dapat membuat perancangan kegiatan pengakap yang lebih menarik dan teratur serta juga berkebolehan memantapkan pengurusan dan pentadbiran pasukan pengakap di dalam pasukan pengakap masing-masing.

    Menurut Pesuruhjaya Latihan Pengakap Kebangsaan, Awang Zainudin bin Haji Ishak selaku pengarah bengkel, pengisian bengkel itu telah disusun untuk memudahkan dan dapat memperkasakan serta memberikan keyakinan kepada peserta bengkel di mana empat sesi pembelajaran telah diajarkan.

    Turut hadir pada akhir majlis penutup bengkel berkenaan ialah Ketua Bahagian Kokurikulum dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Hajah Rosediana binti Haji Hidop.

    Gambar ramai semasa bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...