Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 maut, 20 terperangkap dalam tanah runtuh

    BOGOTA, 5 DIS – Tiga orang terbunuh dan 20 lagi terperangkap dalam lumpur ketika kejadian tanah runtuh yang melanda jalan raya di Colombia, menurut pihak berkuasa.

    Pasukan keselamatan sedang berusaha mencari orang yang menaiki bas dan motosikal yang terperangkap dalam kemalangan itu di kawasan terpencil sebuah perbandaran bernama Pueblo Rico di barat laut Colombia.

    “Sembilan orang diselamatkan, tiga maut dan dianggarkan 20 masih belum ditemui. Ia adalah satu tragedi,” menurut ciapan Presiden, Gustavo Petro di Twitternya.

    Pegawai pertahanan awam berkata, seorang daripada yang maut ialah kanak-kanak berusia kira-kira tujuh tahun.

    Seorang mangsa yang terselamat berkata pemandu bas berjaya mengelak kejadian tanah runtuh yang paling teruk.

    “Sebahagian daripadanya turun dan pemandu bas mengundur apabila semuanya terhempas,” kata Andres Ibarguen kepada stesen radio Lloro Stereo.

    Bas itu difahamkan bertolak dari bandar Cali dengan 25 penumpang di dalamnya.

    Musim hujan yang bermula pada Ogos ini adalah yang paling teruk di Colombia dalam tempoh 40 tahun, menurut kerajaan, hingga menyebabkan kemalangan dengan lebih 270 orang terkorban. – AFP

    Gambar serahan pejabat media Pertahanan Awam Colombia menunjukkan runtuhan tanah dari udara di sebuah gunung di kawasan El Ruso, Pueblo Rico, barat daya Bogota, Colombia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...