Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    OPEC kekalkan dasar pengeluaran

    VIENNA, 5 DIS – Negara pengeluar minyak utama pimpinan Arab Saudi dan Rusia mencapai persetujuan semalam untuk mengekalkan jumlah pengeluaran mereka dalam persekitaran yang tidak menentu dan sebelum sekatan baharu ke atas Moscow berkuat kuasa pada minggu depan.

    Wakil 13 anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dipimpin Riyadh, dan 10 sekutu yang diketuai Moscow, memutuskan untuk meneruskan keputusan yang telah dipersetujui pada Oktober untuk mengurangkan dua juta tong sehari sehingga akhir 2023.

    OPEC+ menyifatkan keputusan pada Oktober ‘didorong oleh faktor pasaran,’ menambah ia ‘perlu dan tindakan yang betul ke arah penstabilan pasaran minyak global,’ menurut kenyataan.

    Mesyuarat menteri-menteri OPEC+ seterusnya dijadualkan pada 4 Jun 2023. Namun gabungan anggota berkata ia bersedia untuk bertemu pada bila-bila masa dan mengambil langkah tambahan untuk mengatasi perkembangan pasaran selain menyokong pasaran minyak jika perlu.

    Pada Jumaat, EU, G7 dan Australia bersetuju dengan harga siling AS$60 setong ditetapkan untuk minyak Rusia, yang dijangka berkuat kuasa hari ini, bersama sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas hantaran minyak mentah Rusia menerusi jalan laut.

    Ia akan menghalang minyak mentah Rusia yang dihantar menerusi laut ke negara EU, menyumbang kepada dua pertiga daripada import minyak dari Rusia, satu percubaan untuk menyekat dana peperangan Moscow berjumlah berbilion euro. – AFP

    Logo Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kelihatan di luar ibu pejabat OPEC di Vienna, Austria. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...