Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 pegawai polis Filipina serah diri atas pembunuhan lelaki Sepanyol

    MANILA, 15 FEB – Tiga pegawai polis Filipina yang dikehendaki atas dakwaan pembunuhan seorang ahli perniagaan Sepanyol pada 2020 telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa, kata kementerian kehakiman hari ini.

    Diego Lafuente ditembak mati semasa operasi dadah di perbandaran General Luna di selatan pulau Siargao, destinasi luncur air dan percutian yang popular.

    Dia adalah antara ribuan orang yang terbunuh semasa perang dadah yang dilancarkan oleh bekas presiden, Rodrigo Duterte dan diteruskan oleh penggantinya, Ferdinand Marcos.

    Kebanyakan mangsa adalah lelaki Filipina yang miskin, menurut kumpulan hak asasi manusia.

    Mahkamah Jenayah Antarabangsa sedang menyiasat tindakan keras kejam itu bagi kemungkinan jenayah terhadap kemanusiaan.

    Waran tangkap telah dikeluarkan untuk tiga pegawai berkenaan, tetapi mereka “tidak ditemui”, menurut kementerian kehakiman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Pegawai-pegawai berkenaan me-nyerah diri kepada pihak berkuasa pada 9 Februari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...